Jata Transparent

Bengkel Pemindahan Teknologi Sistem OSC 3.0 Plus Online Tahun 2026

Tarikh Diterbitkan: 11 Ogos 2026

Sesi Pemindahan Teknologi Sistem OSC 3.0 Plus Online bagi tahun 2026 telah dianjurkan oleh syarikat E-Content (M) Sdn Bhd pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2026 bertempat di Solesor Kampung Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini diadakan dengan objektif khusus untuk memindahkan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang diperlukan kepada pengguna dari Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bagi memastikan sistem portal baharu dapat diuruskan, ditadbir dan digunakan secara berkesan dan lancar.

Sesi bengkel ini telah dihadiri oleh Ar. Mohamad Nazli Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan Dan Perundangan) dan seramai 16 orang peserta daripada Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

Tajuk Perbincangan adalah seperti berikut:

  1. a) Sesi 1: Model Penentuan KPI & Fungsi Traffic Light
  2. b) Sesi 2: Jangka Masa Aktiviti (KPI Duration Matrix)
  3. c) Sesi 3: Fungsi Digital Signature & Integrasi GPKI
  4. d) Sesi 4: Cadangan Pembangunan Aplikasi Mobil & Ciri Notifikasi

Secara keseluruhannya, bengkel pemindahan teknologi ini telah berjalan dengan jayanya dan mencapai matlamat utama yang digariskan. Keberkesanan bengkel ini disokong oleh komitmen tinggi peserta JKT dan perkongsian komprehensif dari pihak E-Content (M) Sdn Bhd, meletakkan asas kukuh ke arah pemantapan tadbir urus digital kerajaan tempatan di Malaysia.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
144
Capaian Hari Ini
274
Keseluruhan Pelawat
215577
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:43:19

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content