Jata Transparent

BENGKEL SEMAKAN SEMULA GARIS PANDUAN PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tarikh Diterbitkan: 28 Ogos 2026
Bengkel Semakan Semula Garis Panduan Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dianjurkan oleh Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam, Jabatan Kerajaan Tempatan telah diadakan pada 12 dan 13 Ogos 2026 bertempat di Bilik Media, Aras 1, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak semula Garis Panduan Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Edisi 2021 dengan mengenalpasti isu-isu utama, mengumpul input kepakaran dan merangka garis panduan yang baharu. Bengkel ini melibatkan 30 orang peserta daripada pelbagai agensi berkepentingan dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut;

  1. Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR)
  2. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  3. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
  4. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia)
  5. Jabatan Alam Sekitar
  6. Jabatan Pertanian
  7. Jabatan Ukur dan Pemataan Malaysia (JUPEM)
  8. Jabatan Perumahan Negera (JPN)
  9. Jabatan Landskap Negara (JLN)
  10. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  11. Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA)
  12. Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  13. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
  14. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  15. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  16. Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)
  17. Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan
  18. Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, Jabatan Kerajaan Tempatan
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
131
Capaian Hari Ini
235
Keseluruhan Pelawat
215564
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:26:31

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content