
Kursus Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 bertempat di Auditorium C, Tingkat 5, Komtar, Georgetown, Pulau Pinang telah berlangsung pada 6 & 7 Mei 2026. Peserta kursus ini terdiri daripada 67 orang wakil PBT dari seluruh Malaysia dan 14 orang wakil dari Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta berkaitan asas forensik cerun dan kaedah-kaedah pembaikan cerun. Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan pengurusan penyelenggaraan cerun serta kajian kes berkaitan penstabilan dan pengukuhan cerun. Selain itu, kursus ini juga telah dapat meningkatkan pengetahuan peserta terhadap amalan terbaik pengurusan cerun di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengenalan kepada produk-produk pembaikan cerun yang berada di pasaran.
Penceramah Kursus ini terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Cawangan Kerja Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768