Jata Transparent

Mesyuarat Penilaian Pembentangan Akhir Kemajuan Prototaip Pembangunan Sistem ePBT 3.0

Tarikh Diterbitkan: 17 Ogos 2026
YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

Mesyuarat Penilaian Pembentangan Akhir Kemajuan Prototaip Pembangunan Sistem ePBT 3.0 telah diadakan pada 13 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di Auditorium Kompleks LADA, Langkawi, Kedah

Mesyuarat ini bertujuan mendapatkan maklum balas pengguna terhadap pembangunan prototaip dari aspek UI/UX, pengesahan aliran proses serta fungsi dalam modul-modul terpilih. Mesyuarat telah dihadiri oleh 97 wakil PBT dari setiap negeri yang akan menggunakan Sistem ePBT 3.0 serta agensi peneraju yang berkaitan.

Majlis penutupan mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Turut hadir YBrs. Encik Mohd Hamri bin Abidin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), YBrs. Encik Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) JKT, Puan Nur 'Aishah binti Norodin, Pengarah Bahagian Inspektorat JKT dan Encik Ruslan bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JKT.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
131
Capaian Hari Ini
235
Keseluruhan Pelawat
215564
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:26:33

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content