
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan sesi libat urus bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi membincangkan isu dan cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan projek infrastruktur bekalan air yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sesi ini memberi tumpuan kepada usaha memudah cara proses pelaksanaan projek, memperkukuh penyelarasan antara agensi serta meningkatkan kecekapan proses kelulusan di peringkat PBT.
Perbincangan turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara JKT, PAAB, kerajaan negeri dan PBT bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur air dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, terselaras dan berkesan.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768