
PAVILION BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR | 25 – 27 OKTOBER 2026
Ekspo Kampung Baru Malaysia 2026 telah berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Oktober 2026 di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, anjuran NGO 新村ING dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Geran Pembangunan Sosioekonomi Kampung Baru.
Ekspo ini menjadi platform untuk mengetengahkan sejarah, warisan, identiti, kegiatan ekonomi dan potensi pembangunan Kampung Baru di seluruh negara. Sebanyak 29 penyertaan pameran telah diketengahkan menerusi lima tema utama, iaitu Home, Industry, Craft, Taste dan Habitat, yang merangkumi aspek sejarah penempatan, industri dan ekonomi komuniti, seni serta pertukangan tradisional, produk tempatan dan kelestarian alam sekitar.
Penganjuran ini turut memberi peluang kepada pengusaha serta komuniti Kampung Baru untuk memperkenalkan keunikan dan potensi kampung masing-masing kepada masyarakat umum. YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (YBM) bersama pihak pengurusan KPKT turut hadir bagi menyaksikan penganjuran ekspo tersebut.
Penganjuran ekspo ini diharapkan dapat memperkukuh usaha pemeliharaan warisan, mempromosikan produk tempatan, memperluas jaringan kerjasama serta memperkasa potensi sosioekonomi komuniti Kampung Baru.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768