Jata Transparent

Sesi Pembentangan Perluasan PBTPay, Pembangunan Sistem ePBT, dan Dasar Hala Tuju Pendigitalan Kepada PBT Sabah

Tarikh Diterbitkan: 4 September 2026
Peluasan PBT Pay ke Sabah
Sesi Pembentangan Perluasan PBTPay, Pembangunan Sistem ePBT, dan Dasar Hala Tuju Pendigitalan Kepada PBT Sabah yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Setiausaha Tetap KKTP Sabah

TARIKH: 26 Ogos 2026
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah

KOTA KINABALU — Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengadakan Sesi Pembentangan Perluasan PBTPay, Pembangunan Sistem ePBT, serta Dasar Hala Tuju Pendigitalan bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah.

Sesi berimpak tinggi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Setiausaha Tetap KKTP Sabah dan turut dihadiri oleh wakil daripada 26 PBT di seluruh negeri Sabah. Penganjuran sesi ini bertujuan untuk:

Memperkasakan Penyampaian Perkhidmatan: Menyelaraskan inisiatif dan projek ICT terkini JKT agar selari dengan keperluan PBT di peringkat negeri.

Meningkatkan Kecekapan Digital: Meluaskan penggunaan platform PBTPay dan Sistem ePBT bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih pantas, telus, dan mesra pengguna.

Peluasan PBT Pay ke Sabah
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
131
Capaian Hari Ini
235
Keseluruhan Pelawat
215564
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:26:33

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content