
21 OKTOBER 2026 | DEWAN KRISTAL KPKT
Program Hari Keluarga & Hari Sukan Negara KPKT 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2026 bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat kesukanan serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KPKT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kesudian meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya menyempurnakan perasmian program ini. Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna dalam menjayakan program yang penuh dengan semangat kebersamaan ini.
Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi wadah untuk mengukuhkan ukhuwah, memupuk gaya hidup sihat serta menyemai semangat kekitaan dalam kalangan warga KPKT, selaras dengan aspirasi untuk membina keluarga KPKT yang lebih harmoni, aktif dan sejahtera.Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, menyokong dan menjayakan Hari Keluarga & Hari Sukan Negara KPKT 2026! Semoga kita bertemu lagi dalam program yang akan datang.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768