MELAKA, 29 APRIL 2025 – Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), KPKT dengan kerjasama strategik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Terhadap Proses dan Prosedur Manual OSC 3.0 Plus Siri 1/2025. Bengkel yang berlangsung selama satu hari ini telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB.
Bengkel ini dianjurkan bermatlamat untuk menyelaras dan menambahbaik manual OSC 3.0 Plus serta sistem OSC online. Ia menjadi platform utama bagi perbincangan dan perkongsian isu serta cabaran yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam pelaksanaan prosedur tersebut.
Inisiatif ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 160 orang peserta yang terdiri daripada wakil 30 PBT terpilih dari seluruh negara.
Sesi taklimat dan perbincangan telah dipimpin oleh barisan pegawai kanan dari Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan JKT, iaitu:
Majlis diakhiri dengan sesi rumusan bengkel oleh pihak JKT yang turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB. Penganjuran bengkel ini membuktikan komitmen berterusan JKT dalam memperkasa PBT melalui penambahbaikan proses dan prosedur kerja yang seragam dan efisien.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768