
Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran telah melaksanakan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran di Majlis Daerah Kinabatangan, Sabah pada 22 April 2026.
Pelaksanaan penarafan ini melibatkan penilaian komprehensif merangkumi pengurusan peruntukan, keberkesanan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam bidang Kesihatan Persekitaran, kesesuaian penggunaan bahan dan peralatan, serta pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi melalui pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Program Kesihatan Persekitaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak atas komitmen serta kerjasama yang cemerlang dalam memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan penarafan ini. Terima kasih.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768