
Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran telah melaksanakan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran di Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor pada 6 Mei 2026.
Pelaksanaan penarafan ini melibatkan penilaian secara komprehensif yang merangkumi aspek pengurusan peruntukan, keberkesanan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam bidang Kesihatan Persekitaran, kesesuaian penggunaan bahan dan peralatan, serta pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi melalui pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Program Kesihatan Persekitaran.
Penarafan ini turut menjadi platform penting dalam memperkasakan tadbir urus perkhidmatan, meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memastikan standard pengurusan Kesihatan Persekitaran sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, dedikasi serta kerjasama yang cemerlang dalam memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan penarafan ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan kecemerlangan perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian persekitaran. Terima kasih.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768