Jata Transparent

KURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2026

Tarikh Diterbitkan: 28 Ogos 2026
Peserta Kursus Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026

Kursus Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 bertempat di Auditorium C, Tingkat 5, Komtar, Georgetown, Pulau Pinang  telah berlangsung pada 6 & 7 Mei 2026. Peserta kursus ini terdiri daripada 67 orang  wakil PBT dari seluruh Malaysia dan 14 orang wakil dari Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta berkaitan asas forensik cerun dan kaedah-kaedah pembaikan cerun. Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan pengurusan penyelenggaraan cerun serta kajian kes berkaitan penstabilan dan pengukuhan cerun. Selain itu, kursus ini juga telah dapat meningkatkan pengetahuan peserta terhadap amalan terbaik pengurusan cerun di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengenalan kepada produk-produk pembaikan cerun yang berada di pasaran.

Penceramah Kursus ini terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Cawangan Kerja Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT),  Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Sesi Pembelajaran Dan Pemahaman Di Dalam Kursus Pengurusan Cerun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026
Sesi Pengenalan Kepada Produk-Produk Pembaikan Cerun Yang Berada Di Pasaran
Sesi Penyampaian Sijil Kepada Penceramah Kursus Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026
Sesi Lawatan Dan Pembelajaran Di Tapak Projek Pembaikan Cerun Yang Disampaikan Oleh Ir. Ts. Mohd Hanafi Bin Mohd Yaacob, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
139
Capaian Hari Ini
264
Keseluruhan Pelawat
215572
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:36:39

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content