
Urusan pembayaran PBT kini lebih mudah, pantas dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, terus di hujung jari anda!
Pada 24 dan 25 Jun 2026, Tuan Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), telah bersiaran di konti LabuanFM dan SabahFM bagi berkongsi mengenai Dasar Pendigitalan PBT serta manfaat dan kelebihan aplikasi mobil PBTPay kepada masyarakat.
Mengapa memilih PBTPay?
F.E.S - Fast, Easy, Secured
✅ F - ( Fast ) Urusan Lebih Mudah
Pembayaran cukai taksiran, kompaun, sewaan dan pelbagai perkhidmatan PBT lain hanya melalui satu aplikasi.
✅ E - ( Easy ) Satu Platform, Pelbagai Perkhidmatan
Digunakan oleh 110 PBT di seluruh Malaysia.
✅ S - ( Secured ) Cepat, Selamat dan Mudah
Nikmati transaksi dalam talian yang selamat tanpa perlu hadir atau beratur di kaunter.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan digital PBT serta menyokong agenda pendigitalan negara ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra rakyat.
Jom beralih kepada PBTPay dan nikmati kemudahan pembayaran digital hari ini!
📥 Muat turun aplikasi mobil PBTPay di App Store atau Google Play Store.
#JKT #KPKT #PBTPay #PendigitalanPBT #PerkhidmatanDigital #MesraRakyat #BayaranDalamTalian

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768