
Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan atas pengurniaan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran “Dato’ Sri”.
Pengurniaan ini dikurniakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026 bersamaan 17 Safar 1448H.
Semoga pengurniaan yang amat bermakna ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan bakti, memperkukuh kepimpinan serta membawa kecemerlangan kepada perkhidmatan awam dan pembangunan kerajaan tempatan demi kesejahteraan rakyat.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768