
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak bagi Projek Membina Pasar Awam Pekan Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak telah dilaksanakan pada 4 Julai 2026. Seramai 34 kontraktor Gred G5 telah menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak tersebut. Penjualan dokumen tender kepada kontraktor yang layak bermula 5 - 11 Ogos 2026 bertempat di Aras 29, Bahagian Pengurusan, Jabatan Kerajaan Tempatan. Tarikh tutup tender adalah pada 2 September 2026.
Pasar ini terdiri daripada 26 gerai pasar (basah, kering, separa kering, tidak halal) dan 4 gerai makan serta dilengkapi kemudahan yang lengkap bagi mematuhi ketetapan dalam Garis Panduan Pasar Sejahtera. Diharap pembinaan pasar ini akan meningkatkan sosio ekonomi dan keselesaan kepada penduduk setempat.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768