Jata Transparent

KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2026

Tarikh Diterbitkan: 22 September 2026
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Persekitaran Sedunia (DSHKPS) 2026.

KPKT ANJUR KONVENSYEN PBT DAN SHKPS 2026, PERKUKUH SINERGI PERSEKUTUAN, NEGERI DAN PBT

BERTAM, PULAU PINANG, 12 September 2026 – Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, diiringi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming, di Bertam Resort, Pulau Pinang pagi ini.

Penganjuran selama dua hari pada 12 hingga 13 September 2026 bertemakan “Sinergi MADANI- PBT Lestari, Persekitaran Harmoni” menjadi wadah memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT, selain memperkasa peranan PBT sebagai barisan hadapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam ucapannya, YB Menteri KPKT menegaskan reformasi PBT perlu diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih mudah, pantas, telus dan berkesan serta benar-benar dirasai rakyat. Seiring dengan itu, aspek pendigitalan, penggunaan data, inovasi, integriti dan pengurusan berasaskan prestasi perlu terus diperkasa bagi meningkatkan kecekapan penyampaian.

“Saya mahu setiap PBT berani menilai semula proses yang tidak lagi relevan, menggunakan teknologi dan data untuk mengenal pasti masalah lebih awal serta memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi nilai kepada rakyat,” katanya.

Konvensyen ini turut menjadi platform perkongsian amalan terbaik, pengukuhan jaringan strategik dan penyelarasan agenda reformasi kerajaan tempatan agar PBT terus cekap, responsif, berdaya saing dan mampan.

Turut hadir Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu; Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Jafri bin Abdul Jalil; Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), YBhg. Dato’ Sri Mohd. Fadzli bin Mohd. Kenali; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid; serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
139
Capaian Hari Ini
264
Keseluruhan Pelawat
215572
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:36:31

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content