Jata Transparent

PERTANDINGAN PRODUK TERBAIK KAMPUNG BARU TAHUN 2026 

Tarikh Diterbitkan: 27 September 2026

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Produk Terbaik Kampung Baru (KampungGood) 2026 telah diadakan pada 27 September 2026 bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Program anjuran NGO 新村ING bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini bertujuan mengiktiraf pencapaian usahawan Kampung Baru dalam menghasilkan produk yang berkualiti, kreatif, inovatif dan berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran yang lebih luas.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian 20 Sijil Pengiktirafan KampungGood 2026, lima Anugerah Khas serta tiga anugerah utama, iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan keunikan produk Kampung Baru, meningkatkan daya saing usahawan tempatan serta menggalakkan pembangunan produk berasaskan warisan dan identiti komuniti Kampung Baru.

Majlis ini turut mendapat sokongan dan kehadiran pihak pengurusan KPKT serta Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkasa usahawan dan komuniti Kampung Baru.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
139
Capaian Hari Ini
263
Keseluruhan Pelawat
215572
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:35:52

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content