
KUNJUNGAN HORMAT KETUA SETIAUSAHA KPKT TERHADAP YAB MENTERI BESAR PERLIS
📅 Tarikh: 16 November 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.30 pagi
📍 Tempat: Pejabat YAB Menteri Besar, Kompleks Seri Putra
YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengiringi YBhg. Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam sesi kunjungan hormat terhadap YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis bertempat di Pejabat YAB Menteri Besar, Kompleks Seri Putra.
Turut hadir dalam sesi pertemuan ini ialah YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia; serta YBhg. Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Pertemuan ini memberi tumpuan utama kepada urusan berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Perlis, di samping meneroka peluang dan ruang penambahbaikan yang boleh dimanfaatkan oleh PBT bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta penyediaan prasarana demi kesejahteraan rakyat.
Dalam pertemuan tersebut juga, YAB Menteri Besar Perlis turut berkongsi mengenai hala tuju Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 serta menyambut baik sokongan berterusan KPKT dan jabatan di bawahnya dalam menjayakan agenda pembangunan negeri. JKT komited untuk terus memperkukuh sinergi bersama Kerajaan Negeri dan PBT bagi memastikan tadbir urus serta perkhidmatan perbandaran sentiasa berada pada tahap terbaik.
Hadir sama dalam sesi ini ialah Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis; Encik Mohd Helmi bin Othman, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, PSUK Perlis; serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768