- Laman Utama
-
MENGENAI JKT
- Pengenalan
- Info JKT
-
Bahagian
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pembangunan
- Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar Kerajaan Tempatan
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran
- Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan
- Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum
- Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam
- Unit Integriti
- Bahagian Kampung Baru
- SUK & PBT
- PERKHIDMATAN
- PUSAT SUMBER
- SOALAN LAZIM
- HUBUNGI KAMI
Perutusan Ketua Pengarah
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara JKT dan masyarakat umum sebagai saluran penyebaran maklumat utama organisasi kepada orang awam. JKT amat menitikberatkan aspek ketepatan maklumat dan kemudahan dalam melayari portal serta mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini. Saya berharap portal ini dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada pelanggan untuk mengakses informasi terutamanya berkaitan peranan JKT untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan rakyat.
Tahun 2022 merupakan tahun untuk Malaysia kembali ke landasan setelah seluruh negara berusaha untuk memastikan kesan virus Covid-19 berakhir dan menggerakkan semula aktiviti ekonomi negara. JKT terus melakar kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan seperti Pelaksanaan PBTPay, OSC 3.0 Plus dan Penilaian Sistem Penarafan Bintang (Star-Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Bagi Tahun 2022. JKT juga telah melancarkan Program Transformasi Pasar Malam yang dilaksanakan secara berperingkat dengan 50 tapak pasar malam yang menjadi tumpuan utama di seluruh negara. Program ini merupakan salah satu pendekatan dalam memberi wajah baharu pengoperasian pasar malam pasca pandemik Covid-19.
Sempena kehadiran tahun baharu 2023 ini, saya berharap agar JKT terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. JKT komited untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan. Tujuh (7) fokus utama Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
- Membangun dan memperkasa peranan kerajaan tempatan;
- Membangun potensi PBT bagi menjana sumber pendapatan tambahan negara;
- Perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing;
- Pemerkasaan komuniti tanpa mengira kaum;
- Pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisien yang dapat menghasilkan tenaga hijau;
- Memperkukuh agenda bandar pintar dan bandar selamat; dan
- Memperkukuh kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamat termasuk menjaga kebajikan anggota bomba.
Saya juga ingin menekankan aspek tadbir urus yang baik serta berintegriti dalam penyampaian perkhidmatan awam. Pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti merupakan teras kecemerlangan sesebuah organisasi dan menutup ruang kepada wujudnya persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam. Justeru, budaya kerja berintegriti haruslah diterapkan dan diberi keutamaan terutamanya dalam memerangi rasuah dalam perkhidmatan awam.
Saya juga berharap agar warga JKT dapat mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan aplikasi digital bagi merealisasikan norma baharu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam bagi menghasilkan kualiti kerja yang terbaik.
Akhir kata, semoga seluruh warga JKT terus istiqamah dalam menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam yang unggul berpaksikan integriti seterusnya menjadikan JKT sebagai salah satu agensi terbaik dalam perhidmatan awam.
Selamat melayari portal Jabatan Kerajaan Tempatan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan