-->
Jata Transparent

Majlis Perasmian Pasar Tok Kenali

Tarikh Diterbitkan: 22 Mac 2023

YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bersama-sama YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Tok Kenali pada 19 Mac 2023. 

Sejumlah RM4 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membangunkan Pasar Tok Kenali yang berkeluasan 3.47 ekar ini.
Pembinaan Pasar Tok Kenali ini merupakan salah satu usaha KPKT dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam menyediakan kemudahan sosio ekonomi yang lebih moden dan selesa kepada penduduk setempat. Ia melibatkan pembangunan semula bangunan pasar sedia ada dengan ruang niaga baharu yang terdiri daripada 29 gerai dan 1 stor secara lebih teratur dan kondusif bagi keselesaan peniaga dan pengunjung. 

Selain itu, terdapat pasar mingguan dengan lantai terbuka bagi menempatkan 60 orang peniaga pada satu masa. Berkonsepkan “Sejahtera”, Pasar Tok Kenali juga menyediakan kemudahan awam seperti surau, tandas, rumah sampah dan tempat letak kereta.

#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#JKT 
#PBTPerkasaRakyatSejahtera

image

image

image

image

image

image

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
17
Capaian Hari Ini
43
Keseluruhan Pelawat
21138
Kemaskini Terakhir Pada: 

24 Jan 2025 - 04:31:12

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content