-->
Jata Transparent

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bilangan 1/2023 Bagi Zon Selatan & Zon Tengah

Tarikh Diterbitkan: 4 Julai 2023

YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT telah merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 1/2023 Bagi Zon Selatan & Tengah pada 26 Jun 2023 (Isnin) anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Mesyuarat ini dihadiri oleh SUK Negeri, Datuk Bandar/Yang Dipertua, Setiausaha dan Pegawai Kanan PBT dari Negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

Mesyuarat JPPBT merupakan platform kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) berhubung tindakan Kerajaan Negeri dan PBT, di samping membincangkan cadangan polisi/ inisiatif baharu untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan PBT.

Sebanyak empat (4) kertas pembentangan telah dibentangkan oleh KPKT, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMadani

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
18
Capaian Hari Ini
39
Keseluruhan Pelawat
16426
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Jan 2025 - 05:10:25

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content