-->
Jata Transparent

Bengkel Hala Tuju PBTPay dan Sistem ePBT 2.0 Siri 3 Tahun 2023

Tarikh Diterbitkan: 10 Julai 2023

YBrs En. Mohammad Khatib @ Fazri bin Amran, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar Kerajaan Tempatan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) JKT telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Hala Tuju PBTPay dan Sistem ePBT 2.0 Siri 3 Tahun 2023 yang berlangsung di Bilik Latihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Terengganu pada 5 Julai 2023. 

Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohammad Syazwan bin Shafie, Pegawai Bahagian Teknologi Maklumat MBKT dan Puan Suzana binti Ab. Hamid, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JKT. Bengkel siri 3 dihadiri oleh pegawai SUK dan PBT dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pahang dan Selangor.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari (5 - 6 Julai 2023) anjuran JKT dengan kerjasama MBKT ini bertujuan untuk memperkasa PBTPay dan menambah baik pelaksanaan ePBT 2.0 dalam agenda penyampaian perkhidmatan digital PBT kerajaan tempatan yang beramanah, bersih, cekap, berdisiplin dan ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif.

Bengkel ini juga merupakan platform perkongsian amalan terbaik (best practices) di PBT dan membuka ruang perbincangan untuk menyelesaikan isu- isu sediada pada sistem yang sedang digunakan sekarang dan juga mengenalpasti keperluan pada masa akan datang bagi menyeragamkan proses kerja di PBT.

#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT 
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

image

image

image

image

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
17
Capaian Hari Ini
43
Keseluruhan Pelawat
21138
Kemaskini Terakhir Pada: 

24 Jan 2025 - 04:19:13

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content