-->
Jata Transparent

Sesi Lawatan Kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang (SBP-PBT)

Tarikh Diterbitkan: 25 Julai 2023

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menerima kehadiran Delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh YBrs. Tpr. Hajah Nor Fajariah binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKL pada 21 Julai 2023 (Jumaat).

Lawatan Kerja ini adalah bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022 serta isu-isu pelaksanaan OSC 3.0 Plus Online yang melibatkan DBKL. Selain itu, pihak DBKL juga berhasrat untuk mendapatkan penerangan yang jelas dalam menambah baik prestasi pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan DBKL bagi persediaan pelaksanaan SPB-PBT Tahun 2024 kelak.

Kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan amat mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan PBT dalam memastikan pelaksanaan dan pengembangan hala tuju Kerajaan Persekutuan di peringkat rakyat bertepatan dengan matlamat dasar yang disasarkan.

#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMadani

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
26
Capaian Hari Ini
51
Keseluruhan Pelawat
17372
Kemaskini Terakhir Pada: 

15 Jan 2025 - 04:22:35

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content