Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perundingan Kejuruteraan Kesihatan Umum telah mengadakan Pelaksanaan Penilaian Teknikal Pematuhan Garis Panduan Pemasangan Perangkap Minyak di Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bagi Tahun 2024 di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 28 Februari 2024.
Penilaian tersebut diketuai oleh Encik Mohamed Yazid bin Kuman, Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, turut serta YBrs. Dr Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ, barisan pengarah, pengawai serta kakitangan MPAJ. Objektif pelaksanaan penilaian teknikal ini adalah untuk menilai tahap pematuhan PBT ke atas garis panduan tersebut.
Lawatan tapak turut diadakan di Medan Selera MPAJ Bazar Taman Melawati dan Medan Selera MPAJ Pandan Indah.
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768